Misteri ini agung, tetapi aku berkata berkenaan Kristus dan gereja

Gereja di Subang Jaya mengalu-alukan anda. Kami merupakan percayawan dalam Tuan Yesus Kristus yang telah menerima Dia sebagai Penyelamat kami secara peribadi. Dialah Persona yang paling unggul dan penuh nikmat. Kami mengasihi-Nya dan berhasrat untuk memberi Dia tempat pertama dalam segala sesuatu. Kami bergirang kerana telah dibersihkan oleh darah Yesus, Anak Tuhan, dilahirkan semula daripada hayat divin Bapa, dan dipenuhi Roh Kudus.

Kami amat menghargai Holy Bible sebagai wahi Tuhan berkenaan diri-Nya dan tujuan abadi-Nya. Kami berpegang pada kepercayaan sepunya yang diwahikan dalam Bible dan yang sama-sama dimiliki oleh semua percayawan yang sejati.

Sebagai percayawan dalam Kristus, kami merupakan anggota kepada Tubuh-Nya yang satu itu, yakni gereja. Untuk mengamalkan kesatuan Tubuh Kristus bersama dengan semua orang Kristian di Subang Jaya, kami berhimpun sebagai gereja di Subang Jaya. Kami berada dalam persekutuan dengan gereja lokal di seluruh pelosok dunia untuk mengekspresikan satu Tubuh Kristus.

Buletin Gereja
Isu 776 (12-05-2024)
Pembelian Hartanah untuk Gereja
Log Masuk untuk lihat